Sabtu, 30 Januari 2010

macam haram

damn, macam-macam jadi petang semalam
bermula dari aku yang tergedik-gedik nak ikut shopping
sampailah malam time aku dipukul sang bayu menghempas
huuh, apelah

waktu: 2.30 pm
lokasi: bandar Kangar
situasi: cuaca panas, ditambah dengan orang ramai

dress code aku is a baju kurung, high heels and handbag. sambil memimpin seorang kanak-kanak perempuan (my niece). while my cousin; also a girl with T-Shirt and jeans membalut tubuhnya.

huh, orang tak payah nak ceritalah, macam kem pelarian
biasalah, petang sabtu ramai yang keluar ambik angin
tak pasal-pasal dengan aku sekali berangin!

lepas shopping (around 4 pm), aku bersidai di kerusi bulat depan The Store
elok-elok aje aku duduk, adalah satu geng budak KL (lelaki) datang
sedap aje dia menenggek sebelah aku, macam orang takde adab

yelah, aku tahu tempat tu public area
mana kau nak duduk sukahati kaulah
tapi yang aku berangin tak tentu pasal ni mestilah bersebab
*okay, ayat tu macam tak betul*

this guy duduk, siap selisih dengan aku yang sedia berpeluh
dan aku pula sangat fobia dengan kaum Adam (crap)
aku asyik bisik ke telinga my niece; sabar jelah-dengan antonasi yang menarik
while tangan aku dah tergigil-gigil macam orang kena sawan

dah tu, they all duduk kat situ macamlah tempat lepak diorang
tak ambil peduli langsung orang yang lalu lalang
apatah lagi aku yang dah menikus dan acap kali juga aku mengesot menjauhi mamat tu
adeh, kalau dah perempuan tu perempuan jugak

finally, my uncle datang ambik
but that group dah lama blah
aku macam baru terngadah-ngadah nak capai oksigen
macam tak pernah bernafas pun sebelum ni

Case Closed!

waktu: around 6 pm (perhaps)
lokasi: rumah jiran
situasi: mendung, baju kurung belum terungkai

asal balik saja, my best friend merangkap my niece nak blah ke Johor
Ya Allah, hanya Dia-lah yang tahu apa yang aku rasa
aku siap peluk-peluk dia kejap-kejap macam tak nak lepas
tapi bukan aku yang nak pergi

katanya nak ke Johor cari pengalaman bekerja
dah tak nak duduk kat Perlis, katanya Perlis terlalu sempit dan kosong
walhal aku belum puas menjelajah ke seluruh pelosok negeri ini lagi
time result SPM keluar nanti dia baliklah

entahlah, banyak yang aku nak ceritakan tentang dia
tapi, bagai tak termampu hendak ditarikan jari menaip
itu baru dia, belum lagi my hunny_sayang_intan_payung
so, takde apelah yang boleh di-elaborate-kan

Case Closed! (walau aku harap boleh dibuka semula)

waktu: malam antara waktu Maghrib hingga tengah malam
lokasi: dari rumah membawa ke Kangar terus ke Kuala Perlis
situasi: kelam-kabut, tanpa perangcangan dan ... ape hah?

sesudah azan Maghrib, baru aku melangkah masuk ke dalam rumah
seraya satu suara berkata, "malam ni tak tuisyen ke?"
tindakan reflek; aku terus berlari menaiki tangga ke bilik

lepas Abah balik dari masjid, berkejaran pula ke Kangar
yalah, tuisyenlah katakan
memang kelam-kabut-kelibut aku dibuatnya
camnalah boleh terlupa erk?

on the way nak balik rumah, Mama tengok bulan penuh
Mama said: mesti best kalau dapat tengok bulan penuh kat tepi pantai
Abah said: nak pi Kuala Perlis?
aku: jom!

haha, crap!
tengok bulan sangatlah, siap singgah expo kat depan Hotel Berasmana lagi
pusing-pusing, tengok-tengok barang
sempatlah aku sambar sepit rambut
(haha, notie_notty)

waahaha, bahagia sungguh
balik tu Abah singgah KFC setelah puas dipujuk rayu oleh aku and my niece
bawak balik KFC pulak balik rumah, sampai kat rumah dah 11.30 pm
ngantok la sangat, bohong ja

Case Closed!

haha, entahlah aku mampu ke tak nak lupakan peristiwa semalam?
oops, don't get me wrong, semalam tu kelmarin lah
huh, korang bukan boleh percaya sangat

asalnya aku nak letak title kat entri ni is
Full Moon: Once in a Blue Moon
haha, gelaklah korang

daa...

Khamis, 28 Januari 2010

Alasan 1st class

Assalamualaikum...

ahaks. nak layan blog kejap.

rasa macam kesian pulak dekat member-member
diorang kena lari, merentas desa
yang aku pulak main facebook, tulis blog
macam haram

haha, mana ada
aku tak ponteng la weh
aku kan budak baek
budak baek mana main ponteng-ponteng

hmm, pagi ni memang hidup aku haru-biru-kelabu
asal bangun ja dah meraung
tak, bukan histeria
sakit cek, sakit sangat-sangat

teringat masa 1-1-2010 hari tu
haa, macam tu jugaklah yang jadi kat aku
damn betul, kalau sikit takpe jugak
ni sampai nak meraung-raung apa kes

dahlah, ai nak pergi kelinik
yu stay la kat sini merentas dari satu blog ke satu blog
*adoi, tetiba teringat merentas desa*
ai pergi ye, daa


huh
mane kunci bilik nih!!

Sabtu, 16 Januari 2010

salam perkenalan

weh, aku baru reka satu lagi blog
kenapa? alah, saja je nak tukar layout dengan website
heh, tu jelah
nanti kalau ada benda menarik, aku share dengan korang

daa