Isnin, 22 November 2010

diari lama dalam laci buruk tidak berkunci

aku dah lama tak ber blog
sehinggakan aku sudah lupa bagaimana cara penulisanku dahulu
berbezakah
atau masih samakah
barangkali

hidupku selama berbulan-bulan lamanya tidak ku
menampakkan hadir di sini
sungguh!
aku terlalu penat memikirkannya

lelaki yang aku letakkan sebagai nombor 1 dalam hidup aku
tiada

dia yang besarkan aku
hantar aku ke tadika, ke sekolah
sehinggalah dia jatuh sakit
sejak itu, tiada pernah lagi dia
membawa aku menaiki pasikal tuanya
ke mana-mana lagi

tanggal 10 Julai 2010
dia pergi buat selama-lamanya
yakni datuk aku

aku pasrah
malah aku merelakan kepergian dia
kerana sumpah aku berkata
tak sanggup aku melihat dia menaggung derita
saat nafas yang dikucupnya

aku tidak sekuat itu!

namun aku cuba
aku kuatkan diri
gagahkan hati
kerana penentu masa depan aku
sedang maju ke arah aku

selesai sahaja penilaian menengah rendah
aku sakit lagi
sebelum azan subuh berkumandang
aku sudah dikejar ke hospital

doktor mengesahkan bahawa aku menghidap appendix
bagi aku, elok dibuang saja
tidak menyusah di masa hadapan

namun, kata putusku menarik banyak rupa kesedihan
aku juga dikhabarkan bahawa rakanku menangis
ketika aku dibawa ke bilik bedah
sungguh aku terkilan!

hum, saat ini
sudah sebulan setelah selesai aku menjalani pembedahan
alhamdulillah, sudah boleh mengasuh anak-anak saudaraku
serta sepupu aku

sekarang pula cuti sekolah
musim kenduri
keluarga aku juga tidak ketinggalan

..........

apa yang telah aku lalui setakat ini dalam hidupku
semakin mematangkan fikiran aku

aku belajar menghormati hak dan pendapat orang
aku belajar untuk mengenal hak aku dan mempertahankannya
sudah terlalu banyak yang sudah aku pelajari
sehingga aku keliru samada mahu berhenti atau mahu mengerti

ah!
hidup ini satu perjalanan

kadangkala kita di atas
jadi, tak mustahil kalau sekali sekala kita di bawah
saat itulah kita akan mula belajar dan mengenal
erti kehidupan yang sebenar

kerana kita ini
tipikalnya manusia
:)