Jumaat, 19 Mac 2010

DIA ada dengan aku

aku kembali ketagih
untuk menulis

ya ya ya
tahulah, kena cari masa yang sesuai, kena ada tajuk, etc
tapi, nak buat macam mana kalau dah ketagih sangat--
gian. hehe ;)

okay, hari ni aku nak cerita sikitlah
sepanjang cuti minggu ni kan kan kan
rajin betul aku keluar Kangar

*ke library, okay? kerja banyak sudah...*

gila siot
kelas tamat pukul 10, bas pukul 10.40
okay, sempat la juga nak salin baju

hehe, aku kena marah dengan cikgu sebab pakai baju warna Pink
gila betul pakai baju terang pergi sekolah
nak buat macam mana, dah nak keluar kan?

...

okay, nak upload gambar
kejap ye...

aku dengan Najwa dalam kelas
*esoknya baru kami keluar. hehe*



ni aku, lepas tukar seluar
*gila nak pakai track ja keluar. so, aku tukar la*



ya, hodoh. tidak apa
*gila confident nak upload gambar ni. hak hak*


haa!
baru aku teringat
Isnin 15 Mac 2010 aku pergi kenduri kahwin
well, kira 'pertemuan pertama' la aku dengan member aku
lepas setahun sms tapi tak pernah tahu rupa

kelakar, kan?

nah, gambar..!

nah. muka sembap gila sebab tunggu lama
*mengantuk la weh*



ni ha, aku bawak sorang anak saudara
*rupa sama je kan?*


*apa tengok-tengok? ada hutang ke!!*


.....

my self confidence is getting lower and lower and lower
tak kisahlah dalam aspek apa pun
memang merudum teruk

entahlah, macam tak tahu macam mana nak ekspres-kan
apa yang tak puas hati
apa yang aku rasa
apa yang aku fikir benar

aduh
umur makin bertambah
mental makin menurun
masalah ni

ALLAHUAKHBAR
aku perlu secebis kekuatan dari hamba-hambaMu yang soleh
untuk membentuk aku yang serba kekurangan ini
aku hanya mohon secebis
hanya.
secebis.

...

DIA tahu apa yang berselirat dalam hati aku
sedang aku langsung tidak nampak apa yang mahu ditunjukNya

InsyaAllah
aku sabar menanti rahmatMu
aku tabah menghadapi segala dugaanMu

oleh itu aku mohon,

jangan pernah kau kelip mata dari aku
ya?

Jumaat, 5 Mac 2010

aku: babysitter = ?

siapa-siapa yang pernah--
...memang--
...dah kenal aku

dah faham yang aku ni macam magnet
yang saling menolak kalau dengan bayi

ya, aku gebang-gebung sana-sini
cerita sana-sini, tuntut hak bayi yang ditinggal ibu
tapi aku sendiri tak ngam dengan bayi

lantaklah korang nak kata apa

at least aku tak buang bayi macam korang
*bukan semua 'korang', okay*
sekalipun aku agak kureng match dengan insan tanpa dosa ini
tapi aku adalah hati perut--
sikit...

.....

point aku hari ni ialah:-
damn, I am a babysitter

aku; yang paling tak ngam dengan bayi
+
jadi babysitter kepada bayi yang umur semua bawah 6 bulan
=
(agaknya apa ya)

.
.
.

doa sajalah supaya setiap bayi tersebut
tak ada LANGSUNG
sikap aku

walau seciput..

.
.
.
.
.
.
.

ahh
nak ubah sikap macam singa ni lah

susah tak?

Rabu, 3 Mac 2010

marah

" Lagu Tak guna!!!! Akhirnya perempuan buat pengakuan jugak!!!! korang memang perempuan yang tak guna!!!! Seronok sangat buat kat orang!! Bila putus, walaupun salah korang, korang tetap akan guna dialog "semua lelaki sama". Nanti bila kene kat batang idung sendiri, baru korang sedar betapa pentingnya KESETIAAN KEJUJURAN DAN KEIKHLASAN!!! "

komen dari Puisi Perempuan Curang

.....

bila aku cakap lelaki teruk, walau bukan semua
teruk aku kena hentam
bila aku cakap benda yang betul jadik kat luar sana
kau tetap nak sembunyi sebalik tirai hitam

bangun la!

eh, apa kes perempuan nak comment macam tu?
ni tak lain tak bukan
kerja LELAKI MELAYU

aku tak nak tuduh semua, namun segelintirnya
memang tak jaga sensitiviti langsung
fikir la sikit, bukan semua perempuan itu seperti bekas kau
yang mungkin dah dump kau macam kucing kurap

come on lah!
matured la sikit
yang nak buat perangai budak bawah umur ni kenapa

fikirlah sikit!

.....

sebagai perempuan, memang aku sakit hati sangat-sangat
nasib baik ia tidak ditujukan buat aku
cuma aku rasa terkilan sebab lelaki macam ni masih ada
what the hell?!

aku punya bahasa memang first class punya kurang ajar
aku boleh tulis sesuatu yang bikin jiwa kau menggelegak
tapi aku tahan, kenapa?

sebab aku perempuan
dan itulah satu-satunya yang membezakan antara kau dan aku
perempuan hatinya lebih lembut

.....

wahai lelaki-lelaki melayu di luar sana
bangunlah kalian semua
sendiri tahulah, tugas kamu lindungi perempuan
sebab kamu sendiri cakap perempuan itu lemah

did I hit my point?

memang aku tak nafi
perempuan zaman sekarang ni pun lahabau jugak
bodoh, tak reti nak jaga diri sendiri

tapi cuba kau fikir
berapa ramai perempuan yang nak angkat tangan
dan jerit "Ya!" bila diasak soalan begini

  • adakah anda sering menanti dinodai oleh lelaki yang haram buatmu?
  • adakah anda mahu dicop sebagai perempuan murahan / bohsia / whatsoever?
  • adakah anda ternanti-nanti untuk mengandungkan anak luar nikah, tanpa mengetahui siapa bapanya?
  • adakah anda ternanti-nanti untuk melahirkan anak luar nikah, kemudia sumbatnya di dalam lubang jamban dan dipenyek-ronyokkan kepalanya?
  • mampukah anda bina hidup yang baharu selepas membuat kesilapan tersebut, tanpa ada secalit parut?
bagi perempuan-perempuan, dan lelaki-lelaki yang
mungkin mempunyai rakan yang mampu mengangkat tangan
seraya menjerit "Ya!" dengan lantang setelah aku aju soalan di atas?

jika ada, mari sini
aku mahu lempang sama itu perempuan

.....

aku perempuan
aku tak faham hati lelaki terhadap perempuan
tapi aku fahan hati perempuan terhadap lelaki

benda ni mudah wahai pukiayamas
jika saudara perempuan kamu diasak dengan kenyataan kamu itu
apa kamu rasa baran?

fikirlah
Allah kurnia akal bukan untuk dajal kan hidup orang
tapi untuk bina dulu jati diri
tetapkan dulu iman--

.....

oh ya!
jika hendak cipta lagu untuk setiap situasi
maka alamatnya boring lah dunia ni

lagu itu untuk salah satu situasi dalam masyarakat hari ini
jika berbeza keadaannya dengan kau
maka--
  • ambil pen / pensel
  • kertas
  • apa-apa alat muzik
dan kau cereka lagu kau sendiri

gadis berani itu lantang menyuarakan pendapatnya
bukan seperti kau yang hanya mampu menyorok dalam kotak
kemudian bergebang-gebung sana sini
dengan gema yang membingit!

kalau kau nak, persembahkan "lagu baru" kau di khalayak ramai
biar orang lain tahu, apa yang terbuku di hati

dan sebelum aku lupa--

ada tak kau kaji balik kenapa awek kau dump kau?
salah dia ke salah kau?

.
.
.
.
.
.
.

huh

Isnin, 1 Mac 2010

entri tanpa tajuk

"sudah 2 kali jatuh cinta pada yang sama.. rasa dah macam tak boleh nak berhenti walau tak pasti"
facebook: 27 Februari 2010, 2:37 pm

aku dapat 12 comments, yang stail serbu tak pakai helmet
dulu aku pun pernah tulis kat facebook:-

"sedang dilamun cinta"

pun dapat banyak comments
kawan-kawan aku ni semuanya gatal nak bercinta ke?

...

dah, dah
tujuan aku tulis post ni sebab nak clear a few things with you guys
kesian pulak kat korang sebab teraba-raba dalam gelap nak cari jawapan

yes, I am in love
that's a declaration

tapi, mesti ke kalau jatuh cinta tu hanya kepada seseorang?
mesti ke ianya terhadap suatu individu?

aku tulis "sudah 2 kali jatuh cinta pada yang sama..."
tak bermaksud aku nak buat lawak-tak-kelakar kat sini

...

aku jatuh cinta sama sastera la ngok
kan pengetua pernah cakap
"biasakan guna bahasa-bahasa bombastik"
nah, kebetulan pulak aku masa tu tengah addict dengan sastera

yang "tak boleh nak berhenti walau tak pasti" tu pulak
sebab ayat mula aku tulis dah 2 kali jatuh cinta, kan?
dalam jarak masa sebelum aku jatuh cinta kali ke dua
aku adalah rasa ragu-ragu sikit samada benda ni boleh cipta masa depan aku ke tak

tu aje

...

dah, dah
jangan nak fikir yang bukan-bukan
aku ni susah sikit nak jatuh cinta pada seseorang

kalau boleh la kan, siapa-siapa yang tengah kemaruk cinta tu
*ayat tu tak salah, okay?*
cuba seimbangkan antara cinta dan pelajaran

sebab aku tahu memang korang takkan boleh dapat break punya
so, baik aku suruh korang try cara ni:-

  • study group dengan bf/gf - tapi jangan berdua!
  • kalau keluar date tu, jangan sembang topik Nicole Kidman ada anak berapa orang - try la sembang pasal pelajaran ke ~ tak salah kan?
  • kalau rasa cara tu macam boring sangat, try cara lain - aku tak tau sebab aku tak pernah buat
...

kepada sesiapa yang haram tak nak percaya
lantak korang lah
tapi aku memang tak boleh blah waktu tengok ekspresi muka Saufi
masa kat dalam bilik jerman tadi

gila percaya siot

tu lah, jangan serbu tak pakai helmet
kan dah kena

.
.
.
.
.
.
.

tapi kan,
aku memang niat nak kenakan orang pun
tak sangka pelanduk masuk jerat

haha...