Khamis, 25 Februari 2010

tambah lagi satu

salam 2010

satu lagi
lagi satu
aku dah pening

yeahhuu!!
yezza~ aku dapat lagi satu baby
not mine lah, kali ni my nephew
baby boy

sumpah comel
macam nak gigit-gigit
tapi sabar, sabar

kat hospital tadi, aku sempat mengadu dengan my hunny
we were talking on the phone
"abeslah kita, kena jaga 3 babies"   < by me
"eh, oklah tu. baby comel apa"       < by my hunny

hunny, baby memang comel
tapi you tahulah I ni macam mana
kalau dah meletup tu memang meletup betol

I takde lesen nak jaga perangai

aku memang tabik pada ibu-ibu di luar
wallaweh~ kalaulah kau yang melahirkan
sumpah kau tak teragak-agak nak tukar nyawa kau dengan anak kau
sebab kau memang dah sayang gila-gila dengan dia

kepada para suami:-

sila hormati isteri anda
kalaulah anda tahu bagaimana sukar dan sakitnya hendak melahirkan
itu belum kira jadi mak buyung sampai 9 bulan
kau memang sujud, cium tapak kaki isteri kau

kalaulah suami masih tak hargai
aku tak tahulah nak kategorikan kau sebagai apa
memang kau rugi

aku pernah pergi motivasi, pak cik tu cakap
"perempuan ialah syurga bergerak di atas muka bumi"
kami tergamam, kenapa?
"sebab pada seorang ibulah terletaknya syurga buat si anak"

sebegitu tinggi sekali pak cik tersebut mengangkat darjat kaum Hawa
sekalipun kami masih patuh dan taat pada perintah Adam kami
oleh itu para suami, fikir-fikirkanlah

...

sepupu aku yang beranak hari ni, memang hebat
tahan sakit for about 6 hours
anak ketiga, dah 3 kali masuk labour room, bersalin normal
tapi rupanya memang syurga ibu

tak berkerut-kerut, macam ibu lain
tak merengek-rengek, macam ibu lain
tak tarik muncung sedepa masa suami tak dapat masuk, macam ibu lain

aku memang tabik dia

buat Rusni Md Rashid
buat Nafariza Nayan
buat Mazura Mat Alim

kalian memang hebat
sebab telah berjaya melahirkan bayi yang comel
dan saya yang kena jadi babysitter

paling istimewa buat Mama & Abah
Dayah sayang sangat-sangat, both of you
maaf ye kalau selama ni Dayah jahil
derhaka...

...

okaylah!
nak tengok tak gambar babies ni?
kejap erk, nak upload
.
.
.
.
.
.
.


tadaa!!

 Nur Ariana Qaleesya bt Muhd Murhizam
nama ibu: Rusni bt Md Rashid
tarikh & waktu lahir: 14 Oktober 2009, around 5 am





 
Adib Fahim b Abdul Jalal
nama ibu: Nafariza Nayan
tarikh & waktu lahir: 10 Desember 2009, around 6 pm (perhaps)






Muhammad Adam Haikal b Mahizan
nama ibu: Mazura bt Mat Alim
tarikh & waktu lahir: 25 Februari 2010, 6.15 am




oh ya, ini yang paling istimewa
buat mama dan abah...


di tanah suci, semuanya setaraf
compliment to: me n my phone
*rules are rules: dalam masjidilharam, camera is not allowed*
**phone with camera boleh kan?**



ini anak bertuah hasil perkongsian pasangan di atas
merangkap babysitter a.k.a mak long dan kak cik
kepada bayi-bayi di atas



 
aku dengan mama, depan Ka'bah
compliment to: abah, but Ka'bah nampak tak jelas
*rindu tanah suci itu... wuwu~*






 
sejuk weh, ni masa kat Tanah Tinggi Taif, sebelum berangkat ke Makkah
*teringat lagi, cakap nampak asap keluar dari mulut, sejuk woo~*
**sengih lebar sebab terlampau sejuk (tahan sejuk)**







 
ni masa kat Jeti Kuala Perlis, nak ke Langkawi
*saja-saja nak upload, hehe*
**cuaca panas masa tu, betapa I Love Malaysia**


.
.
.
.
.
.
.

haih...
tambah lagi satu tanggungjawab
tapi, tak apalah

rezeki pun tambah jugak
kan?

Cliche

tadi online facebook jap
adalah 10 orang add aku
tapi belum confirm
nanti-nanti ye

tapi aku pulak yang add orang lain
okeh, bersebab ye
jangan cakap aku gedik pulak

online punya online punya online
adelah mamat sorang ni tegur aku
pakai fesbuk chat yang lembab tahap gaban
aku offline terus

...

maaf ya kaum lelaki
perempuan ini bukannya sombong
sebab kalau aku tak berminat
terus aku tak layan

senang ceritalah kalau macam ni
kenapa pulak aku nak bagi kau harapan palsu, kan?
lebih baik aku bagi kau awal-awal
nanti tak pasal-pasal aku dicop perempuan kurang ajar

what the heck!

aku hipokrit, kau pandang serong aku
aku jujur, kau pandang rimas aku
aku tak-jujur-tak-hipokrit, kau tunjal aku dengan najis liur kau

paling aku tak boleh blah

aku abaikan kau, kau sibuk kejar aku
semata-mata nak maki aku

professional la sikit

...

aku paling tak suka kalau jadi kes kutuk belakang
apa-apa tak puas hati, silakan bertentang mata dengan aku
tak perlu tikam belakang
tak perlu semua itu

aku bukan nak katakan yang aku ni berlagak ke apa
cuma kalau boleh tu, just be more professional

ada masa kau boleh tepuk belakang aku, ketawa sama-sama
ada masa kau kena datang berdepan dengan aku, cakap elok-elok
bukan semua situasi kau boleh buat apa yang kau suka dengan aku

because sometimes I'm freaky geek
sometimes I'm a professional
so, try to find the right timing
to do something with me

is that clear?!

...

aku tak nak mengarut banyak-banyak
cuma sebab dah lama tak upload, so aku upload la
kalau ada yang terasa, sila bersemuka
jangan sesuka hati nak kutuk belakang

...

i rest my case - for tonight!

Ahad, 7 Februari 2010

apa yang aku belajar minggu ni...

apa aku belajar minggu ni...

Sabar
haha, sebelum ni payah sungguh aku nak sabar
sampaikan aku digelar singa
langsung tak reti nak sabar

tapi bila timbul hal yang bersangkut-paut dengan
hati orang, jiwa orang, perasaan orang
aku kena belajar untuk handle benda ni
walau kekadang tu terkasar jugak

Lady-like
menjadi perempuan tidaklah gedik
sebab kalau dah perempuan tu perempuan jugak
ada masanya tu unpredictable

sikap yang paling aku benci dalam diri perempuan ialah
semuanya mahu berteman, semuanya mahu bersama
kalau menangis tu mudah sangat, lepas tu minta dipujuk
kekadang dituduh dan dihukum tanpa bukti
kerana terlalu ikutkan hati

*damn, aku jeles dengan lelaki*

kalau tengok la kan, lelaki semuanya mudah
easygoing
kalau perempuan tu banyak cakap sikit, mulalah nak buat andaian

ingin aku tegaskan di sini
jangan sesekali menilai orang pada kali pertama pandangan mata kamu tertancap kearah dia
ini kerana ia tidak adil bagi dirinya

apa kamu rasa kalau kamu diperlakukan sedemikian rupa?

Sifat-sifat keibuan
setiap kali aku kendong bayi, aku rasa sebak
sungguh, aku tak tahu kenapa
macam manalah ada orang sanggup buang bayi
memang dah sah-sahlah mereka itu bodoh

ya, memang aku tak boleh hidup kalau bayi-bayi tu memekak
tapi, bayangkanlah Ya Allah
saat dimana si comel tersenyum ke arah kita
sekelip mata senyuman juga akan terukir di bibir kita

ya, bayi memang comel

Tanggungjawab
sesungguhnya perkara inilah yang paling aku benci
aku seorang yang langsung tak boleh diharap
jadi macam mana aku nak pikul tanggungjawab

tapi, sampai bila aku nak berdiam diri
ini tidak adil bagi aku
alangkan telah banyak perkara yang telah aku lakukan
walau dengan membabi-buta

Berani
ya, aku perlu berani
tapi ini bukan bermaksud yang aku ini pengecut
berani kena bertempatlah

sebagai perempuan, aku tak bolehlah nak berani sangat
kalau berani tu kenalah bertempat
ego pun tak boleh nak tinggi sangat
tapi ada masa jugak ia perlu ditinggikan

macam mana nak terangkan ya?
hmm, macam nilah

kena pandai sesuaikan diri mengikut keadaan
jangan bertindak di luar batasan
lihat keadaan sekeliling sebelum berbuat apa-apa
dan berfikir dua-tiga kali sebelum nak bercakap
sebab kena fikir baik buruknya sama

adoi, sudahlah
aku dah tak tau nak tulis apa lagi dah
huh
assalamualaikum...



pemecah masuk

Rabu, 3 Februari 2010

unprofessional

bila aku cakap benda betul
kau buat tak nak percaya
bila aku cuba nak leraikan sengketa
kau lencongkan kata-kata aku

belum sempat aku nak habis cakap
dah kau nak selit
lepas tu jadi salah faham
lepas tu gaduh

what the hell la people??

mentang-mentang aku sorang-sorang
aku tak ada geng
kau angkut habis kengkawan kau serang aku
lepas tu buat macam tak ada apa-apa yang jadi

kau lega lah sebab kau dah lepas segala yang terbuku
yang aku, merana bagai nak gila
aku tak kisah kalau kau tak endahkan kehadiran aku
but be more professional la

ada masa kau boleh nak serbu aku
ada masa jugak kau kena cakap elok-elok dengan aku
asingkan benda peribadi dengan tugasan
yang benda remeh temeh tu letak belakang

kalau kau kata benda tu kecil, bagi aku
sedangkan ia melibatkan maruah hidup kau
atau jiwa/minda kau yang kacau
aku tak ada hak untuk halang kau

tapi aku ada hak untuk bela diri aku
saat di mana aku punya hak untuk bersuara
kau pula tak berhak untuk menghalang aku
sepertimana aku tidak berhak ke atas kau

terus-terang, aku hampir meletup tadi
benda ni langsung tak relevan
dah tahu aku nak leraikan apa yang kusut
yang nak tambah simpul tu kenapa?

"Ya Allah, Kau itu adil.. Kau beri aku sakit, Kau pulih dengan air mata.. Kau lemahkan aku sebentar, Kau berikan aku kekuatan berganda.. Kau tinggalkan aku sebentar, supaya aku boleh mendampingiMu lagi..."

"Ya Allah, Kau Maha Adil kan? Tunjukkanlah hikmah kepadaku.. Aku sedang lemah, maka kuatkanlah aku.. Jangan tinggal aku lagi, aku takut aku jatuh semula.. Jangan lagi, ya..."

Allah itu adil. Dia tinggalkan aku saat di mana aku leka. Dia sedarkan aku dalam bentuk derita, supaya aku lebih menghargaiNya
betapa aku telah leka dengan duniawi sementelah ini
nah, terus aku dikejutkan dengan apa yang aku sangka aku mampu tangani
namun aku lemah juga rupanya

"kalau perempuan tu perempuan jugak"
facebook, kira-kira jam 11 pm, 3 February 2010

memang, kalau dah perempuan tu perempuan jugak
takkan mampu nak ada jiwa sekental lelaki
aku betul-betul pasrah dengan apa yang terjadi
mungkin ada hikmah, atau mungkin ini balasanNya

aku tak tahu itu

aku dilayan dengan sikap yang sangat tidak professional petang tadi
dan aku juga dah bersedia untuk berkelakuan liar
namun tetap aku tahan
sebab aku betul-betul tak mahu disamakan dengan mereka

Tuhan itu adil
dia bagi kita nangis puas-puas hari ni
dia bagi kita senyum hari esok

dan aku masih menanti hari esok
untuk disedekahkan dengan senyuman
:)