Ahad, 7 Februari 2010

apa yang aku belajar minggu ni...

apa aku belajar minggu ni...

Sabar
haha, sebelum ni payah sungguh aku nak sabar
sampaikan aku digelar singa
langsung tak reti nak sabar

tapi bila timbul hal yang bersangkut-paut dengan
hati orang, jiwa orang, perasaan orang
aku kena belajar untuk handle benda ni
walau kekadang tu terkasar jugak

Lady-like
menjadi perempuan tidaklah gedik
sebab kalau dah perempuan tu perempuan jugak
ada masanya tu unpredictable

sikap yang paling aku benci dalam diri perempuan ialah
semuanya mahu berteman, semuanya mahu bersama
kalau menangis tu mudah sangat, lepas tu minta dipujuk
kekadang dituduh dan dihukum tanpa bukti
kerana terlalu ikutkan hati

*damn, aku jeles dengan lelaki*

kalau tengok la kan, lelaki semuanya mudah
easygoing
kalau perempuan tu banyak cakap sikit, mulalah nak buat andaian

ingin aku tegaskan di sini
jangan sesekali menilai orang pada kali pertama pandangan mata kamu tertancap kearah dia
ini kerana ia tidak adil bagi dirinya

apa kamu rasa kalau kamu diperlakukan sedemikian rupa?

Sifat-sifat keibuan
setiap kali aku kendong bayi, aku rasa sebak
sungguh, aku tak tahu kenapa
macam manalah ada orang sanggup buang bayi
memang dah sah-sahlah mereka itu bodoh

ya, memang aku tak boleh hidup kalau bayi-bayi tu memekak
tapi, bayangkanlah Ya Allah
saat dimana si comel tersenyum ke arah kita
sekelip mata senyuman juga akan terukir di bibir kita

ya, bayi memang comel

Tanggungjawab
sesungguhnya perkara inilah yang paling aku benci
aku seorang yang langsung tak boleh diharap
jadi macam mana aku nak pikul tanggungjawab

tapi, sampai bila aku nak berdiam diri
ini tidak adil bagi aku
alangkan telah banyak perkara yang telah aku lakukan
walau dengan membabi-buta

Berani
ya, aku perlu berani
tapi ini bukan bermaksud yang aku ini pengecut
berani kena bertempatlah

sebagai perempuan, aku tak bolehlah nak berani sangat
kalau berani tu kenalah bertempat
ego pun tak boleh nak tinggi sangat
tapi ada masa jugak ia perlu ditinggikan

macam mana nak terangkan ya?
hmm, macam nilah

kena pandai sesuaikan diri mengikut keadaan
jangan bertindak di luar batasan
lihat keadaan sekeliling sebelum berbuat apa-apa
dan berfikir dua-tiga kali sebelum nak bercakap
sebab kena fikir baik buruknya sama

adoi, sudahlah
aku dah tak tau nak tulis apa lagi dah
huh
assalamualaikum...



pemecah masuk

Tiada ulasan:

Catat Ulasan