bila aku cakap benda betul
kau buat tak nak percaya
bila aku cuba nak leraikan sengketa
kau lencongkan kata-kata aku
belum sempat aku nak habis cakap
dah kau nak selit
lepas tu jadi salah faham
lepas tu gaduh
what the hell la people??
mentang-mentang aku sorang-sorang
aku tak ada geng
kau angkut habis kengkawan kau serang aku
lepas tu buat macam tak ada apa-apa yang jadi
kau lega lah sebab kau dah lepas segala yang terbuku
yang aku, merana bagai nak gila
aku tak kisah kalau kau tak endahkan kehadiran aku
but be more professional la
ada masa kau boleh nak serbu aku
ada masa jugak kau kena cakap elok-elok dengan aku
asingkan benda peribadi dengan tugasan
yang benda remeh temeh tu letak belakang
kalau kau kata benda tu kecil, bagi aku
sedangkan ia melibatkan maruah hidup kau
atau jiwa/minda kau yang kacau
aku tak ada hak untuk halang kau
tapi aku ada hak untuk bela diri aku
saat di mana aku punya hak untuk bersuara
kau pula tak berhak untuk menghalang aku
sepertimana aku tidak berhak ke atas kau
terus-terang, aku hampir meletup tadi
benda ni langsung tak relevan
dah tahu aku nak leraikan apa yang kusut
yang nak tambah simpul tu kenapa?
"Ya Allah, Kau itu adil.. Kau beri aku sakit, Kau pulih dengan air mata.. Kau lemahkan aku sebentar, Kau berikan aku kekuatan berganda.. Kau tinggalkan aku sebentar, supaya aku boleh mendampingiMu lagi..."
"Ya Allah, Kau Maha Adil kan? Tunjukkanlah hikmah kepadaku.. Aku sedang lemah, maka kuatkanlah aku.. Jangan tinggal aku lagi, aku takut aku jatuh semula.. Jangan lagi, ya..."
Allah itu adil. Dia tinggalkan aku saat di mana aku leka. Dia sedarkan aku dalam bentuk derita, supaya aku lebih menghargaiNya
betapa aku telah leka dengan duniawi sementelah ini
nah, terus aku dikejutkan dengan apa yang aku sangka aku mampu tangani
namun aku lemah juga rupanya
"kalau perempuan tu perempuan jugak"
facebook, kira-kira jam 11 pm, 3 February 2010
memang, kalau dah perempuan tu perempuan jugak
takkan mampu nak ada jiwa sekental lelaki
aku betul-betul pasrah dengan apa yang terjadi
mungkin ada hikmah, atau mungkin ini balasanNya
aku tak tahu itu
aku dilayan dengan sikap yang sangat tidak professional petang tadi
dan aku juga dah bersedia untuk berkelakuan liar
namun tetap aku tahan
sebab aku betul-betul tak mahu disamakan dengan mereka
Tuhan itu adil
dia bagi kita nangis puas-puas hari ni
dia bagi kita senyum hari esok
dan aku masih menanti hari esok
untuk disedekahkan dengan senyuman
:)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan