Khamis, 8 April 2010

Cermin

cermin
apa yang akan kita nampak kalau berdiri di hadapan cermin?
bayangan kita, kan

tajuk hari ni ialah cermin
sebab aku mendapat perkhabaran bahawa aku ini
*tarik nafas*
seorang yang gedik

wow!
kejutan yang sangat memecahkan capillary aku sebab aku ini seorang yang anti-gedik
*okay, ia agak keterlaluan*
tetapi pada pandangan peribadi aku
ia merupkan pertuduhan yang tidak berasas

.....

kejadiannya seperti ini
aku duduk berdua, berjarak, dengan seorang lelaki umurnya sebaya
yang aku gelar 'Pak Cik'
di khalayak ramai

tiba-tiba seorang lelaki; rakan sekelas aku, meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada kawan aku; perempuan yang juga dari kelas yang sama

katanya dia benci melihat aku yang kononnya menggedik dengan budak lelaki yang aku gelar 'Pak Cik' itu

kerana aku ini cakapnya pandai, nasihat orang pandai tapi diri sendiri yang buat
jadi perkara ini amat menyakitkan mata dan hati kawan lelaki aku itu
mungkin

.....

aku tak salahkan dia kalau dia tak puas hati dengan aku
aku mohon maaf secara terbuka di sini kerana perbuatan aku mungkin telah meyakitkan hatinya

tapi di sini juga ingin aku tekankan
aku bukan menggedik dengan 'Pak Cik' tersebut

dia bersahabat dengan aku selama 9 tahun
kami telah berkenalan selama 9 tahun
asalkan kami tidak melanggar hukum-hakam agama
maka kami tidak sepatutnya dipersalahkan

bukannya kami berdua-duaan di kawasan yang sunyi
terdapat kira-kira 30 pasang mata yang menjadi saksi
kami hanya berbual

mungkin kami kelihatan mesra pada pandangan matanya
but that's it

cakap-cakap, gelak-gelak, bisik-bisik
di hadapan khalayak yang boleh menjadi saksi bahawa kami tidak melakukan perkara yang terkutuk

dan wahai sahabat, dia yang aku gelar 'Pak Cik' itu
sudah ku anggap sebagai seorang abang
kerana aku yakin bahawa aku boleh mempercayainya

.....

"cermin diri sendiri sebelum menilai orang lain"
aku tujukannya buat aku
adakah kita sudah cukup sempurna untuk mengkritik orang lain?

.....

aku ini bukan jenis yang mengaku bahawa aku kenal seseorang itu

jika hanya berkenalan selama setahun dua, bertemu hampir setiap hari, sedia maklum dengan cara perlakuannya, atau berapa orangkah bilangan ahli keluarganya
takkan aku mengaku bahawa aku mengenalinya

definisi kenal bagi aku ialah
kita benar-benar memahami seseorang itu
kita boleh mengagak tindakannya
kita merupakan orang kepercayaannya

dan aku masih lagi sedang belajar untuk mengenali kau; sahabat
sebab aku belum kenal hati budi kau lagi
izinkanlah aku untuk belajar
kerana jika ada salah faham mudah untuk aku mengungkainya

.....

hari ni sahabat aku agak banyak bercakap dengan aku
kerana hari-harinya sebelum ini terlalu jarang berinteraksi dengan aku

ya, Allah itu Maha Adil
ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku

dan aku takkan pernah berhenti yakin akan perkara tersebut
InsyaAllah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan